Hanger Tudung: Projek buat duit dengan produk fizikal

Salam ceria buat anda semua.

Sedar tak sedar, sekarang dah masuk akhir bulan Sya’ban. Begitu cepat masa berlalu. Dah sampai masa untuk buat review KPI pula untuk tahun 2010 ini. Sejauh mana KPI saya tahun ini dapat dicapai. Hopefully sempat la meet target untuk projek sebelum akhir tahun ini, insya Allah.

Hanger tudung

HANGER TUDUNG, SHAWL, PASHMINA

Sekarang ni saya sibuk dengan bisnes produk fizikal yang semakin mendapat sambutan oleh pengguna di seluruh negara. Bisnes ini saya jalankan bersama-sama dengan isteri tercinta. Biar saya mulakan, barangkali ia adalah sebagai galakkan kepada beliau untuk menceburi bisnes. Kalau dulu beliau tidak begitu yakin dengan bisnes. Apatah lagi bisnes yang melibatkan online (produk fizikal yang dijual secara Online), alhamdulillah sekarang beliau semakin teruja meneruskan projek kami ini. Sekiranya tiada aral melintang, saya akan menyerahkan bisnes ini secara total kepada beliau untuk meneruskannya tidak lama lagi.

Anda juga dijemput ke blog kami di Muneesha Collections


Read the rest of this entry »

Peluang, Produk, Umum

Menjejaki Jutawan

senyap…

Itu adalah tajuk entry saya kali ini. Bila sebut je jutawan, pasti terbayang di minda kita bahawa seorang jutawan itu mestilah berpakaian kemas, memandu atau memiliki kereta mewah, mempunyai syarikat serta mempunyai kediaman yang elit. Siapa yang tak nak jadi jutawan? Bagi sesetengah individu pula mengimpikan agar mencapai financial freedom. Yang mana satu pilihan anda? Menjadi jutawan atau mencapai financial freedom?

Bill Gates

Sebenarnya, saya bukanlah jenis yang suka membeli buku. Saya lebih gemar meminjam buku daripada membeli. Bukannya apa, kalau buku yang dibeli tu, biasanya mesti lambat habis baca jika dibandingkan dengan buku yang saya pinjam. Saya cuma akan beli buku yang telah saya pinjam sekiranya saya berminat. Eh, memilih pulak saya nie kan? ISS la (ISS = Ikut Suka Saya) :-D


Read the rest of this entry »

Peluang

Mirwana feat JayJay – Aku Tanpa CintaMu

YouTube Preview Image

Video Pilihan

Produk Gempak Ammar Zahar FBMania Dilancarkan!

Barangkali saya agak terlewat untuk membuat review terhadap hasil kerja Ammar Zahar yang terkini FB Mania. Wah, dalam pada orang sibuk ‘berladang’ dan mendapat hasil yang cukup lumyan, namun, Ammar Zahar hanya mampu tersenyum keran berjaya menghasilkan RM10,278 TUNAI tanpa berladang.

Siapa yang tak kenal Ammar Zahar yang terkenal dengan keberkesanan produk yang di hasilkan.

Setiap produknya padat dengan informasi. Pelbagai tips dan manuskrip yangpernah dikeluarkan oleh beliau laku macam pisang goreng panas. Mana tidaknya, segala perkongsian tersebut adalah hasil usaha beliau sendiri.

Semakin ramai orang berebut-rebut mendapatkan FB Mania ini untuk mengetahui bagaimana Ammar menghasilkan lebih daripada RM10,000 melalui Facebook sahaja.

Read the rest of this entry »

Gempak, Produk

Suatu Kisah dari Buku U-Turn Ke Jalan Lurus (Zul Ramli M. Razali)

SEKADAR RENUNGAN…

Assalamualaikum…

Ribuan terima kasih kepada ‘sahabat baik’ yang menghantar cerita menarik untuk tatapan kita bersama. Adakalanya seperti biasa kita terlalai untuk menghargai individu lain di sekitar kita (tidak kiralah sama ada dia pasangan kita… dia bonda kita… dia ayahanda kita… dia anak-anak kita… dia adalah ketua/rakan sekerja kita… atau barangkali yang satu tempat kerja dengan kita). Jadi mulai hari ini, tarik nafas dalam-dalam. Fokus dan tetapkan niat. Senyum dan pandanglah wajah mereka yang hadir di sekeliling kita dengan pandangan kasih sayang. Semoga kasih sayang Allah juga akan melimpah dalam hati kita.

Petikan cerita ini merupakan kisah dari Buku U-Turn Ke Jalan Lurus (Zul Ramli M. Razali)

Read the rest of this entry »

Renungan

Stormreaders di Berita Harian

Berikut merupakan ulasan panjang lebar (full page) mengenai Stormreaders di akhbar Berita Harian

Program MLM jual buku dalam internet ikut syariah
Oleh Hasliza Hassan
hasliza@bharian.com.my

Guna konsep hanya ahli aktif dapat ganjaran bagi pastikan keuntungan dikongsi secara adil

PERNIAGAAN pemasaran pelbagai tingkat (MLM) berdasarkan syariah secara khusus mungkin tidak ada atau belum pernah didengar tetapi tidak bermakna konsep perniagaan itu tidak boleh dilaksanakan.

Stormreaders Network Sdn Bhd, anak syarikat Telaga Biru Sdn Bhd yang menerbitkan buku dan bahan ilmiah mengambil langkah meneroka perniagaan MLM patuh syariah dengan memperkenalkan Program Gabungan Kedai Buku Online Pemasaran Pelbagai Tingkat (MLM).

Pengurus Besar Stormreaders Network, Syah Rizal Mohamed, berkata program yang pertama di Malaysia itu memberi peluang ahli yang berminat menjana pendapatan daripada penjualan buku di kedai buku online (e-store).

Katanya, pada masa sama, ahli dapat meningkatkan ilmu pengetahuan, meningkatkan minat membaca, berjihad menyebarkan ilmu bermanfaat seterusnya menjalin silaturahim sesama ahli dan masyarakat.

“Melalui program MLM penjualan buku melalui internet ini diharap dapat memberi satu pemikiran baru bahawa walaupun MLM tidak diceritakan dalam Islam, ia tidak dilarang selagi pelan perniagaan itu patuh kepada syariah.

Read the rest of this entry »

Stormreaders

eBook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Salam mesra buat anda semua.

Hari ini saya terbuka hati untuk membeli eBook yang ditulis oleh Saudara Jamal iaitu Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan (Versi ke3). Pembelian eBook ini dibuat setelah mengambilkira pelbagai faktor yang menarik saya untuk mendapatkannya. Cuma sekarang, yang saya boleh nyatakan adalah SAYA AMAT BERPUAS HATI DENGAN EBOOK INI.

Adakah anda seorang penjawat awam? Adakah anda rasa pekerjaan anda sekarang mampu menjamin masa depan anda? Bila kita memperkatakan soal jaminan masa depan terutama aspek jaminan masa depan kerjaya, saya pasti semua orang inginkan pekerjaan yang terjamin. Tidak kira sama ada anda bekerja di sektor kerajaan mahupun di sektor swasta.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh … hampir 1 juta orang yang memohon untuk bekerja di sektor kerajaan. Persoalannya, mengapa mesti memilih untuk bekerja di sektor tersebut? Adakah ia kerjaya anda benar-benar terjamin?

Sekiranya anda ingin melihat mengapa ramai orang ingin bekerja di sekto kerajaan, sila lihat di sini.


Read the rest of this entry »

Umum

Air dan Kepentingannya Terhadap Tubuh Kita

MENGANTUKNYA! Setiap kali selepas makan tengah hari mesti mengantuk. Kadangkala rasa tidak larat hendak buka mata. Rasanya bukan sebab tidak cukup tidur sebab tiap-tiap malam aku tidur nyenyak,” rungut seorang rakan yang beberapa kali tersengguk-sengguk depan komputer.

Sememangnya, mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.

Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.

Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga.

Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat. Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair badan. Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi. Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.

Read the rest of this entry »

tips

Wahai Tuhan – Qathrunnada

Wahai Tuhan – Qathrunnada

Tuhan Terimalah Ibadahku Yang Tidak Sempurna
Ia Serba Kekurangan Dan Banyak Cacat Celanya
Tapi Apakan Daya
Ini Yang Ku Mampu Mempersembahkannya… Kepada Mu
Telah Ku Cuba Sepenuh Hati
Tapi Masih Tidak Mampu Sempurna
Aku Harap Dengan Rahmat Mu
Terima Juga Ibadahku
Aku Tetap Tidak Jemu
Ku Teruskan Walau Tidak Meningkat
Aku Tetap Istiqomah
(Chorus)
Kasihanilah Aku Wahai Tuhan
Hamba Yang Lemah Ini
Pengampunan Mu Yang Ku Harapkan
Siapa Lagi Yang Akan Membelaku
Kalau Engkau Tidak Membelanya
Aku Kan Hamba Mu Jua
Aku Ciptaan Mu Juga
Kalau Engkau Selamatkan
Engkau Tidak Akan Rugi
Kebesaran Mu Akan Tetap Sempurna
Ampunilah Wahai Tuhan Segala Dosaku

Pengisian Rohani
Comments Off

Status Hukum Skim Kuasa 100 @ Infinity Downline @ Login Facebook Dapat RM 100

Salam bahagia semua,
Saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi dengan anda semua satu artikel yang saya kira ia AMAT PENTING bagi kita. Dan yang saya pasti, ramai orang akan MELOMPAT setelah membaca artikel tersebut!
Pada pendapat saya, kadang-kadang kita rasa, apa yang kita buat tu betul di sini kita, betul di sisi masyarakat kita,walhal, ianya TIDAK BETUL DI SISI AGAMA KITA. Tepuk dada, tanya iman. Seandainya kita telah tersasar, kembalilah kepada fitrah.
 
Oleh itu, bukakan minda kita, fahami dengan jelas apakah intipati yang dikongsi oleh Ustaz Zaharuddin di bawah. 
 
infinity3.jpg

Read the rest of this entry »
Umum